Monday, January 30, 2017

Update Perjumpaan Perkon Johor dengan Pengarah SWCorp Johor (30/1/17)

Sedikit update berkenaan dgn perjumpaan dgn Pengarah SWCorp Johor , Tn Haji Asri hari ini. Perkara2 yg dibincangkan.
1. Isu berkenaan dgn pembersihan jln protokol yg perlu diserahkan semula kpd JKR atau PBT. Jalan2.protokol yg diluar skop SWCorp. Penyerahan hendaklah dibuat seawal March 2017 dan selewat2nya Mei 2017. Keputusan ini akan menjejaskan kesemua subkon yg sedang menjalankan kerja2 pembersihan dijln protokol yg mana telah mengeluarkan modal operasi yg besar.
Mengambil kira nasihat dan pandangan Pengarah, PERKON akan cuba berbincang dgn pihak atasan supaya subkontraktor diberi peluang utk meneruskan perkhidmatan ini sekurang2nya utk 1st cycle (sehingga 2018).
Option kedua adalah PERKON akan cuba berbincang dgn pihak atasan SWM supaya kontrak yg hilang ini digantikan dgn kawasan baharu tetapi dengan sokongan pihak SWCorp.
2. Isu kedua
Kekhuatiran PERKON atas isu pengukuran data inventori subkon pembersihan kawasan sebagaimana yg berlaku skrg di Melaka disuarakan kpd Tuan Pengarah. Kami cuba mendapatkan kaedah bagaimana pengukuran dibuat oleh pihak SWCorp Johor. Adakah ianya menggunapakai kaedah yg digunakan oleh SWCorp Melaka yg mana hampir 70 ke 80% nilai kontrak subkontraktor turun mendadak. Tuan Pengarah telah memberikan penjelasan atas kaedah yg digunapakai oleh SWCorp Johor dan nampaknya ianya tidak akan memberi kesan yg besar kpd subkontraktor dan tidak akan mengikut cara SWCorp Melaka. Kami juga telah meminta Tuan Pengarah utk menulis surat kepada SWM supaya mengarahkan SWM memberikan data inventori yg digunapakai sebagai asas pembayaran kpd subkontraktor dalam tempoh 1 minggu. Dengan yg demikian, subkontraktor dpt menyemak dan sekiranya bayaran kontrak menurun subkontraktor dpt membuat perancangan samada mengurangkan kos operasi bersesuaian dgn nilai kontrak yg mereka terima skrg.
3. Isu kerja2 sapuan malam
Difahamkan oleh Tuan Pengarah bahawa arahan utk memulakan semula kerja2 sapuan malam telah pun dipersetujui oleh RIC. Ini bermakna mana2 subkontraktor yg dahulunya melaksanakan kerja2 sapuan malam tetapi telah diberhentikan sementara bolihlah berunding semula dgn SWM utk mendapatkan semula kawasan mereka. Bayaran sebelum ini yg masih belum diterima oleh subkon bolih dituntut dgn SWM sebaik2 bayaran dibuat oleh SWCorp.
Sekian. Tk. Drpd SUK

Monday, January 23, 2017

MESYUARAT KHAS AJK GABUNGAN PERKON MALAYSIA

MESYUARAT KHAS AJK GABUNGAN PERKON MALAYSIA akan diadakan pada jam 2.30 petang, 26/1/2017, Hari Khamis, di Bilek Mesyuarat KJE, No 02-02, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Commercial Centre, Johor Bahru. Kehadiran di hargai.Agenda (1) membincangkan masalah pemotongan yang tinggi dan pelarasan data inventori.