Wednesday, January 29, 2014

Majlis Sambutan Mauludur Rasil 1435 H

Kelab Kebajikan , Rekreasi dan Sukan SWM JOHOR akan mengadakan Majlis Sambutan Mauludur Rasil 1435 H, pada 9 hb Feb. 2014 ( Hari Ahad), jam 2.00 petang, bertempat di Perkarang Pejabat Koprat SWM, No 6, Jalan Kangkar Tebrau, Kg Seri Purnama, Johor Bahru. Kehadiran dan sumbangan kontraktor di hargai.

Akses System IMEMS PPSPPA

Kontraktor yang menghadapi masalah untuk akses system IMEMS PPSPPA memaklumkan masalah tersebut kepada unit kontrak SWM Johor pada kadar segera bagi membolehkan permasalahan tersebut diberitahu kepada pihak PPSPPA.

Saturday, January 25, 2014

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN UMNO JOHOR BAHRU OLEH YAB PM (26/1/14)



























TAKLIMAT MANUAL OPERASI PENSWASTAAN PENUH Pengurusan Sisa Pepejal dan Pemberishan Awam 2014

TAKLIMAT MANUAL OPERASI PENSWASTAAN PENUH Pengurusan Sisa Pepejal dan Pemberishan Awam 2014, akan di laksanakan oleh SWME , pada 17 hb Feb. 2014, (Hari Isnin ), jam 8.00 pg - 6 ptg bertempat di PERSADA CONVENTION CENTRE, Jalan Abdullah Tahir, Johor Bahru. Syarikat kontraktor di WAJIBKAN menghantar seorang (1) wakil daripada pemilek syarikat atau pengurusan tertinggi syarikat. Sila berhubung dengan En Mohd Najib, Pegawai kontrak SWME di talian 07 3356000 ext 121, jika mempunyai pertanyaan berhubung perkara ini.

Wednesday, January 22, 2014

PEJABAT OPERASI PERKON JOHOR

MAKLUMAN : BERKUATKUASA SERTAMERTA, Pejabat Operasi PERKON JOHOR telah berpindah ke No 02-02, Tingkat 1, Nong Chik Heights Commercial Centre, Jalan Kolam Air 1, 81000 Johor Bahru. Tel: 016 7636999 (Pn Zaleha Salim, Setiausaha Kerja Perkon Johor) , Fak: 07 5562144, Emel: perkonjohor@gmail.com.

Tuesday, January 21, 2014

YURAN TAHUNAN KEAHLIAN PERKON MALAYSIA

PERINGATAN : Persatuan2 Negeri yang menjadi Ahli PERKON MALAYSIA di kehendaki membayar Yuran Pendaftaran : RM 5,000.00 Yuran Tahunan (RM 1,000.00 / setahun ) bagi Tahun 2012, 2013 dan 2014 sebanyak RM 3000.00, dan TUNGGAKAN SUMBANGAN jika berkaitan. Sebarang Pertanyaan, sila hubungi Bendahari PERKON MALAYSIA , Pn. Suzanna (012 2139060)

YURAN TAHUNAN KEAHLIAN PERKON JOHOR

PERINGATAN : Ahli2 PERKON JOHOR di kehendaki membayar Yuran Tahunan 2014 sebanyak RM 500.00 setahun, dan TUNGGAKAN YURAN jika berkaitan. Sebarang Pertanyaan, sila hubungi Bendahari PERKON JOHOR, En. Kasman (0106640533)

TAKLIMAT / DIALOG PPSPPA JOHOR, SWM DAN KONTRAKTOR

PPSPPA JOHOR dan SWM JOHOR akan mengada TAKLIMAT / DIALOG bersama sub kontraktor SWM, pada 17/2/2014, di PERSADA, JOHOR BAHRU. Ahli2 PERKON JOHOR dan KONTRAKTOR2 berkaitan, DI WAJIBKAN MENGHADIRI majlis tersebut. Pemilek Syarikat / Pengarah Urusan / Penyelia / Mandor ADALAH DI WAJIBKAN HADIR, bagi membincang perihal spefikasi dan permasaalahan kerja yang di hadapi. Taklimat / Dialog ini di adakan bagi memberi penerangan sepenuhnya serta mengadakan perbincangan bagi segala permasaalahan yang di hadapi oleh mana2 pihak. KEHADIRAN ADALAH WAJIB. Permohonan keahlian PERKON JOHOR juga akan di buka pada hari tersebut ( Yuran Pendaftaran : RM 100.00, Yuran Tahunan : RM 500.00 ).

MESYUARAT AJK PERKON JOHOR KALI 1/2014 (21/1/14)





Friday, January 17, 2014

PERUBAHAN HARI CUTI

Berkuatkuasa pada 1hb FEBRUARI 2014 pihak SWME memutuskan untuk mengubah hari bekerja untuk kutipan sisa pepejal & pembersihan am di negeri Johor.

CUTI HARI SABTU.

Pihak kontraktor diminta untuk menyusun semula jadual kerja masing-masing.

Makluman di terima daripada En. Mohamad Harith Bin Mohamed,
Contract - Admin Assistant, SWME.

Thursday, January 16, 2014

MESYUARAT AJK PERKON JOHOR kali 1/2014

MESYUARAT AJK PERKON JOHOR kali 1/2014 akan di adakan pada Hari SELASA, jam 2.30 petang, 21 hb Januari 2014 bertempat di Bilek Mesyuarat, KJE HOLDING SDN BHD, 02-02, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Height Commercial Centre, Johor Bahru, Johor. Semua AJK di wajibkan hadir.

Wednesday, January 1, 2014

AGM GABUNGAN PERKON MALAYSIA - 21/1/2014

GABUNGAN PERKON MALAYSIA akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali ke Dua pada 21/1/2014, jam 8.30 pagi, bertempat di Hotel Pullman, Jalan Pantai Dalam, Bangsar, Kuala Lumpur. Perasmian akan di laksanakan oleh Yg Bhg Dato Ketua Pengarah, PPSPPA. Ahli2 PERKON Negeri2, adalah di wajibkan hadir. Bayaran RM 200.00 setiap orang di kenakan. Sebarang maklumat, sila berhubung dengan Setiausaha GABUNGAN PERKON MALAYSIA, Saudara AZLAN 0126320948.