Tuesday, August 22, 2017

AGM PERKON MALAYSIA

Mesyuarat Agong Tahunan kali yang ke 5 Gabungan PERKON MALAYSIA akan diadakan padajam 4 petang, 6hb Oktober 2017 (Hari Jumaat) di HOTEL EQUATORIAL, Melaka Raya Melaka. Ahli Gabungan Perkon Malaysia di kehendaki menghantar 10 org perwakilan. Kehadiran di hargai.

Tuesday, July 25, 2017

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 19 PERKON-JOHOR

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 19 PERKON-JOHOR akan diadakan pada jam 10 pg, 10 Ogos 2017 (Hari Khamis) di Hotel Amari, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Kehadiran di hargai

MESYUARAT AJK KALI KE 2/2017

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali 2 / 2017 akan diadakan pada jam 2.30 ptg, 3 Ogos 2017 ( Hari Khamis ) di Sri Duyong Coffe House, KELAB GOLF DARUL EHSAN, Lorong Kerja Air Lama 2, Taman Tun Abd. Razak, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Kehadiran di hargai

Wednesday, July 5, 2017

MAJLIS SILATURRAHIM EID AL FITR PERKON WILAYAH PERSEKUTUAN

MAJLIS SILATURRAHIM EID AL FITR PERKON WILAYAH PERSEKUTUAN akan diadakan pada jam 11.30 pg - 3.30 ptg, Hari SELASA, 11 JUL 2017 bertempat di D'Saji Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur,, Jalan Temerloh, K Lumpur. Kehadiran di hargai.

Sunday, July 2, 2017

Majlis Aidil Fitri Perdana

Majlis Hari Raya Perdana anjuran bersama SWCorp/ Swm dan Perkon Johor akan diadakan pada 20hb Julai bersamaan 25 syawal  di Dewan MPC BBU, Jalan Padi Mahsuri, BBU, JB.
Bermula : Jam 11.00 pagi - 2.00 ptg. Kehadiran ahli2 Perkon Johor amatlah di hargai

Wednesday, May 3, 2017

Program penerangan IMAN

Program penerangan daripada IMAN akan diadakan pada 4 Mei jam 11.45 pg di Kelab Darul Ehsan (Tmn TAR) anjuran Perkon WP.

Tuesday, May 2, 2017

Socso

SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.

Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.

“Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.

“Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.

“Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialisis.

"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,” katanya.

Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.

“Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya. Ramai orang tak tahu tentang perkara ini.

“Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.

"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.

Kongsi berita ini
-bermanfaat bg mereka yg layak dan memerlukan..
-boleh sampaikan kpd keluarga,saudara & sahabat2 tdekat..

Monday, February 20, 2017

Pertemuan dengan SPAD

Assalam
PERKON JOHOR  telah mengaturkan satu pertemuan dan perbincangan dgn Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid pada ketetapan berikut :
Hari Selasa 28/2/17 jam 10 pagi bertempat di Pejabat Pengerusi, SPAS, Blok D, Platinum Sentral , Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur.
Mana2 ahli2 PERKON yg menghadapi masalah ttg permit lori atau yg berhubungan dengan nya bolih menghubungi saya utk diangkat kpd YB Tan Sri. Tk. Drpd SUK

Saturday, February 11, 2017

Hasil Perbincangan

Assalam.
Sedikit info berkenaan hasil perbincangan diantara PERKON/SWCORP/JABATAN DAN SYKT KONSESI.
1. Pengerusi - Datuk Zul (CEO SWCorp)
Perbincangan lebih tertumpu kepada masalah inventori, pembayaran, perjanjian konsesi/subkon, penglibatan sykt2 bumiputra, dan masalah2 dilapangan.
2. Inventori yg telah diselesaikan dan akan digunapakai adalah inventori bulan Oktober 2016. Sykt konsesi telah diarahkan utk membekalkan inventori yg telah selesai dan diterimapakai kpd semua subkon dan mesti akur dan mengambil tindakan segera.
3. Namun tarikh pelarasan belum.lagi dimuktamadkan. Bermakna keputusan sebelum.ini mengambil.June 2016 sebagai tarikh pelarasan tidak bolih digunakan. Keputusan menetapkan tarikh pelarasan akan ditentukan oleh Yang Berhormat Menteri.
4. Syarikat konsesi adalah diarahkan untuk membekalkan detail dan maklumat terperinci pembayaran apabila membuat pembayaran kpd subkon.
5. Syarat kewangan lesen bless diturunkan kpd RM2500.00
6. Menetapkan setiap kontraktor terutamanya kontraktor pembersihan diberikan nilai kontrak tidak kurang drpd RM50,000. SWM kurang bersetuju dgn ketetapan ini kerana menurut mereka syarat penglibatan syarikat bumiputera bagi swm telah mencapai 55%. Dan dibawah swm sahaja (terutamanya di Melaka) terlalu banyak kontraktor yg nilai kontrak mereka dibawah 50k dan ada yg 2k . Maka saranan mereka supaya kontraktor perlu bergabung. Datuk CEO meminta SWM supaya mencari formula yg sesuai dan munasabah agar kontraktor mendapat nilai kontrak lebih drpd 50k.
7. Denda kesalahan KPI akan ditanggung bersama diantara Konsesi dan sukon mengikut % yg diterima oleh subkon.
8. Kawasan2 VO atau pocket area hendaklah diserahkan kpd kontraktor yg bersebelahan tanpa perlu melalui proses tender.
9. Pembayaran bulanan oleh konsesi kpd subkon hendaklah dibuat sblm akhir bulan setiap bulan.
10. CEO juga memaklumkan bahawa saranan dari Menteri Kewangan II supaya kerja2 pembersihan kawasan dipulangkan semula kpd PBT kerana budget bagi perkhidmatan ini semakin meningkat setiap tahun. Langkah awal dari SWCorp adalah tidak lagi menerima CFO atau kaw2 baru dari PBT. Namun pihak SWCorp dan Jabatan masih sedang berusaha utk mengelak drpd perkara ini berlaku.
Sekian. Kalau saya ada yg tertinggal atau terlupa, sesiapa yg hadir tadi tlg tambah ya. Tk. Drpd SUK

Monday, February 6, 2017

Mesyuarat khas

Satu Mesyuarat Khas akan diadakan pada jam 4 ptg di Maritime Clubhouse Putrajaya pada 9/2/17, bagi membincangkan perjumpaan dengan CEO SWCorp pada jam 9.30 pagi, 10/2/17 di Ibupejabat SWCorp, Cyberjaya. Mohon semua ajk yg terlibat khususnya kawasan SWM, untok hadir bersama. Sila sahkan kehadiran dengan SUK, Puan Zaleha. Kerjasama di hargai.

Saturday, February 4, 2017

SEMAKKAN REKOD BAYARAN

Lanjutan daripada Perjumpaan SU PERKON JOHOR. dengan En. Najib, Bahagian Kontrak SWM pada Hari Khamis yang lepas, SILA SEMAK SEMULA PEMBAYARAN YANG DI TERIMA DARIPADA SWM kerana pihak SWM akan membayar tuntutan BERASASKAN (1) TUNTUTAN (2) KONTRAK ATAU (3) PENGESYORAN, YANGMANA LEBIH RENDAH. Ini telah menyukarkan rekod penerimaan bayaran kerana tidak sama dengan Inbois dan terdapat perbedzaan dalam jumlah pembayaran GST. Kontraktor di sarankan buat semakkan SEGERA.

Monday, January 30, 2017

Update Perjumpaan Perkon Johor dengan Pengarah SWCorp Johor (30/1/17)

Sedikit update berkenaan dgn perjumpaan dgn Pengarah SWCorp Johor , Tn Haji Asri hari ini. Perkara2 yg dibincangkan.
1. Isu berkenaan dgn pembersihan jln protokol yg perlu diserahkan semula kpd JKR atau PBT. Jalan2.protokol yg diluar skop SWCorp. Penyerahan hendaklah dibuat seawal March 2017 dan selewat2nya Mei 2017. Keputusan ini akan menjejaskan kesemua subkon yg sedang menjalankan kerja2 pembersihan dijln protokol yg mana telah mengeluarkan modal operasi yg besar.
Mengambil kira nasihat dan pandangan Pengarah, PERKON akan cuba berbincang dgn pihak atasan supaya subkontraktor diberi peluang utk meneruskan perkhidmatan ini sekurang2nya utk 1st cycle (sehingga 2018).
Option kedua adalah PERKON akan cuba berbincang dgn pihak atasan SWM supaya kontrak yg hilang ini digantikan dgn kawasan baharu tetapi dengan sokongan pihak SWCorp.
2. Isu kedua
Kekhuatiran PERKON atas isu pengukuran data inventori subkon pembersihan kawasan sebagaimana yg berlaku skrg di Melaka disuarakan kpd Tuan Pengarah. Kami cuba mendapatkan kaedah bagaimana pengukuran dibuat oleh pihak SWCorp Johor. Adakah ianya menggunapakai kaedah yg digunakan oleh SWCorp Melaka yg mana hampir 70 ke 80% nilai kontrak subkontraktor turun mendadak. Tuan Pengarah telah memberikan penjelasan atas kaedah yg digunapakai oleh SWCorp Johor dan nampaknya ianya tidak akan memberi kesan yg besar kpd subkontraktor dan tidak akan mengikut cara SWCorp Melaka. Kami juga telah meminta Tuan Pengarah utk menulis surat kepada SWM supaya mengarahkan SWM memberikan data inventori yg digunapakai sebagai asas pembayaran kpd subkontraktor dalam tempoh 1 minggu. Dengan yg demikian, subkontraktor dpt menyemak dan sekiranya bayaran kontrak menurun subkontraktor dpt membuat perancangan samada mengurangkan kos operasi bersesuaian dgn nilai kontrak yg mereka terima skrg.
3. Isu kerja2 sapuan malam
Difahamkan oleh Tuan Pengarah bahawa arahan utk memulakan semula kerja2 sapuan malam telah pun dipersetujui oleh RIC. Ini bermakna mana2 subkontraktor yg dahulunya melaksanakan kerja2 sapuan malam tetapi telah diberhentikan sementara bolihlah berunding semula dgn SWM utk mendapatkan semula kawasan mereka. Bayaran sebelum ini yg masih belum diterima oleh subkon bolih dituntut dgn SWM sebaik2 bayaran dibuat oleh SWCorp.
Sekian. Tk. Drpd SUK

Monday, January 23, 2017

MESYUARAT KHAS AJK GABUNGAN PERKON MALAYSIA

MESYUARAT KHAS AJK GABUNGAN PERKON MALAYSIA akan diadakan pada jam 2.30 petang, 26/1/2017, Hari Khamis, di Bilek Mesyuarat KJE, No 02-02, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Commercial Centre, Johor Bahru. Kehadiran di hargai.Agenda (1) membincangkan masalah pemotongan yang tinggi dan pelarasan data inventori.