Thursday, August 29, 2013

BAYARAN BULANAN SWM

SWM telah memaklumkan bahawa BERKUATKUASA OGOS 2013, semua PEMBAYARAN BULANAN akan di buat SEKALI pada setiap bulan dan bayaran PADA setiap 5hb bulan berikutnya. Perkara ini TELAH melanggar persetujuan didalam mesyuarat diantara pihak konsesi, JPSPN, PPSPA dan Gabungan Perkon Malaysia tempohhari. SWM sememangnya TIDAK akur kepada keputusan yang telah di capai. Jika ini berlaku, pihak PPSPA sepatutnya mengenakan DEMERIT kepada SWM diatas kegagalan membayar kepada subkontraktor didalam tempohmasa yang telah di persetujui.

FULL KPI KAWASAN MPJBT / MDP - 1/9/2013

SWM telah mengeluarkan Pekeliling Pentadbiran, BERKUATKUASA 1/9/2013, frekuensi kerja-kerja pembersihan di MPJBT dan MDP adalah saperti berikut (1) Sapu Jalan 26 x sebulan, (2) Potong rumput & sapu 2 x sebulan (3) Pembersihan Longkang 1x sebulan. Kadar pembayaran penswastaan penuh akan dibuat kepada subkontraktor. Segala kegagalan mematuhi juga akan tertakluk kepada pemotongan denda mengikut kadar KPI penuh.