Monday, December 30, 2013
Wednesday, December 11, 2013
MALKUMAN
KONTRAKTOR-KONTRAKTOR yang telah DI KENAKAN DENDA FULL KPI , tetapi DI BAYAR dengan kadar harga lama, sila berhubung dengan Setiausaha PERKON JOHOR, Tn Hj Abd Lah Awang II ( 019 777 0435 / 016 716 6515 ), atau En Zainalabidin Ahmad, Timbalan YDP ( 0197120707). Sila kemukakan bukti pemotongan dengan kadar segera. PERKON JOHOR sedang mengkaji TINDAKAN selanjuitnya. Sokongan anda amatlah di hargai.
HASIL PERJUMPAAN KUNJUNGAN HORMAT PERKON JOHOR KE PEJABAT PENGARAH PPSPPA NEGERI JOHOR, TUAN HJ ASRI AMAT, pada 11/12/13.
(1) PPSPPA Johor dan SWM sedang membuat PENGUKURAN BERSAMA untuk semua kawasan kerja. Sebahagian kawasan MBJB di jangka siap pengukuran pada akhir bulan ini. Ini adalah berikutan dengan arahan daripada Yg Bhg Dato' CEO PPSPPA, agar perkara ini DI SELESAIKAN SEGERA.
(2) KADAR HARGA BARU yang di tawarkan oleh SWM kepada kontraktor akan di perhalusi, agar ianya slebih esuai dan merangkumi harga spefikasi dan skop kerja yang dibayar oleh PPSPPA kepada SWM. Skop kerja juga akan di perhalusi.
(3) PERKON JOHOR mencadangkan kehadiran wakil PERKON JOHOR didalam Mesyuarat diantara PPSPPA dan SWM, bagi mewakili ahli2 PERKON JOHOR didalam menyelesaikan permasaalahan yang timbul.
(4) Bagi memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik, pihak SWM perlulah menjaga kebajikan kontraktor2, didalam "Win Win Situation", dan bukannya bersikap menekan dan mendenda.
(5) PPSPPA bersetuju memperhalusi permasalahan yang telah di timbulkan semasa perjumpaan, dan mencari ruang penyelesaian yang terbaik kepada semua pihak.
(6) PPSPPA JOHOR sedia menerima cadangan daripada semua pihak didalam memastikan mutu perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.
(7) PPSPPA Johor sedang melaksanakan program " PUBLIC AWARNESS PELUPUSAN SISA PEPEJAL" secara meluas di semua peringkat, termasuk tadika, sekolah rendah dan menegah serta masyarakat umum.
(8) PERKON JOHOR mencadangan agar PEMBAYARAN KADAR BARU kepada kontraktor di buat MENGIKUT DATA INVENTORI PPSPPA yang sediada, yang juga di gunakan sebagai asas pembayaran kepada SWM. Pembayaran MUKTAMAD tertakluk kepada Data inventori Muktamad, yang sedang didalam proses pengukuran semula oleh PPSPPA dan SWM.
Friday, November 29, 2013
JAWAPAN SWM - 27/11/2013
1. Pengkajian
semula kadar harga yang ditawarkan kepada kontraktor pembersihan.
Kadar
harga yang ditawarkan oleh pihak kami kepada kontraktor pembersihan awam adalah
termasuk antara lain kadar-kadar bagi kerja-kerja pembersihan kerb; pembersihan
parit; kawasan lapang; dan lain-lain kerja yang berkaitan mengikut skop dan
spesifikasi PPSPPA. Pihak kami akan memaklumkan jika terdapat sebarang
penambahan kepada kadar harga yang ditawarkan bagi kerja-kerja pembersihan
awam.
Bagi
kerja-kerja pembersihan sampah longgok di kawasan kerja kontraktor, ia adalah
termasuk dalam spesifikasi pembersihan jalan dan kawasan awam di mana pihak
kontraktor “mesti melupuskan longgokan sisa pepejal di jalan dan kawasan awam
yang terletak di bawah kawalan atau penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan”.
Namun
jika terdapat insiden sampah haram atau “illegal dumping” di kawasan kontraktor
di mana kerja pembersihan memerlukan penggunaan jentera, pihak kontraktor perlu
melaporkan kepada pihak kami untuk mendapatkan arahan bertulis sebelum
kerja-kerja pembersihan sampah haram tersebut boleh dilakukan. Pihak kami akan
membayar kontraktor satu kadar khas untuk pembersihan sampah haram. Pihak kami
akan merayu kepada pihak PPSPPA untuk mengiatkan kawalan aktiviti pembuangan
sampah haram dengan harapan aktiviti tersebut dapat dikurangkan.
Sekiranya
sesuatu kawasan kontraktor telah
mencapai spesifikasi kerja penswastaan penuh, kadar harga yang ditawarkan oleh
pihak kami kepada kontraktor pembersihan adalah selaras dengan kadar harga penswastaan penuh. Oleh yang
demikian, kontraktor harus menanggung
potongan “Full KPI” yang dikenakan oleh PPSPPA terhadap kawasan kontraktor
tersebut.
2. Pengkajian
semula perlaksanaan perkhidmatan “Transfer Lorry” di kawasan Tapak Pelupusan
Seelong.
Pihak kami sedang giat berbincang mengenai masalah yang timbul di Tapak
Pelupusan Seelong bersama dengan JPSPN. Pada masa yang sama pihak kami sedang
dalam proses menambahkan beberapa lagi unit “Transfer Lorry” untuk memantapkan
operasi di Tapak Pelupusan Seelong untuk kemudahan semua pihak. Pembinaan
Transfer Station di Seelong adalah inisiatif SWM sendiri dan kos operasi
Transfer Lorry tidak termasuk dalam tipping fee selama ini dan hutang daripada
PBT –PBT berkenaan sejak 2004 telah menghampiri RM40 juta.
3. Pembayaran
kadar harga baru mengikut kadar penswastaan penuh kepada kontraktor pembersihan
di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Walaupun pihak PPSPPA telah mengenakan pemotongan denda Full KPI, pihak
kami masih tidak dapat memuktamadkan senarai kuantiti (BQ) bersama dengan pihak
PPSPPA. Ini kerana pihak kami dan PPSPPA masih lagi di dalam proses pengesahan bersama
ke atas BQ. Bagi kawasan MBJB, proses pengesahan bersama ini dijangka akan
dapat dimuktamadkan pada akhir November 2013 atau Disember 2013. Pihak kami
akan memaklumkan BQ muktamad ini dan amaun kontrak muktamad kepada kontraktor
pembersihan awam sebelum akhir Disember 2013.
4. Mempercepatkan
menandatangani perjanjian dengan kontraktor, tertakluk kepada perubahan yang
telah dipersetujui di dalam mesyuarat di antara pihak-pihak pada 11 September
2013.
Pihak kami sedang berada di dalam proses meminda terma-terma yang telah
dipersetujui untuk dipinda. Dalam ini, pihak kami akan mengeluarkan satu notis untuk melanjutkan
tempoh kontrak sementara menanti pemindaan dibuat kepada perjanjian yang akan
dimetrai oleh pihak kami dan kontraktor.
5. Mengadakan
ukuran semula secara bersama dengan pihak kontraktor.
Bagi kawasan Johor Bahru, pihak kami berada dalam peringkat akhir
untuk mengesahkan dan memuktamadkan BQ bersama dengan pihak PPSPPA. Pihak kami
akan menyerahkan sesalinan BQ yang telah diesahkan apabila pihak kami telah
menerima yang sama daripada pihak PPSPPA. (Bagi kawasan lain iaitu Johor Bahru
Tengah, Batu Pahat, Pontian dan Kulai, proses pengiraan BQ sedang dijalankan
yang dijangka akan selesai beberapa bulan lagi. Pihak kontraktor di
cawangan-cawangan ini digalakkan untuk merujuk dan jika berkemampuan terlibat
sama dalam proses pengiraan BQ di antara pihak kami dan PPSPPA di kawasan
kontraktor terbabit)
6. Pemotongan
bayaran bagi wang tahanan khususnya di Daerah Batu Pahat.
Pihak kami akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut. Pihak kami
telah mengeluarkan notis bahawa pihak kami akan menerima bon perlaksanaan dalam
bentuk insuran daripada pihak kontraktor.
7. Mengekalkan
kawasan kerja sediaada kontraktor khususnya di Daerah Kulaijaya.
Proses persempadanan semula adalah satu proses yang tidak dapat
dielakkan untuk membolehkan pihak kami mematuhi zon/skim yang telah ditetapkan
di dalam perjanjian konsesi dan juga bagi memudahkan pemantauan operasi oleh pihak kami dan juga kontraktor selain daripada
menangani “pocket area”. Pihak kontraktor yang terjejas boleh merujuk kepada pihak kami dan pihak kami akan meneliti
perkara ini atas dasar “case-to-case”.
Wednesday, November 27, 2013
TUNTUTAN BULANAN SWM MENGIKUT KADAR HARGA & DATA INVENTORI BARU
SEMUA kontraktor Pembersihan kawasan yang TELAH TERLIBAT didalam kawasan perlaksaanaan penuh FULL KPI ( iaitu MBJB - 1/9/2012 ; MPJBT dll - 1/9/2013 ), DI NASIHATKAN untuk mengemukakan TUNTUTAN BULANAN / BAKI TUNGGAKAN TUNTUTAN BULANAN, mengikut KADAR HARGA BARU & DATA INVENTORI KAWASAN KERJA (yang telah di emelkan oleh SWM), kepada pihak SWM dengan KADAR SEGERA. Dikehendaki juga, memasukkan perkataan " Tuntutan Muktamad tertakluk kepada kadar harga & Inventori sebenar ". SEMUA TUNTUTAN bagi BAKI TUNGGAKKAN, hendaklah dihantar MELALUI PERKON JOHOR, PADA / SEBELUM 15/12/2013, dengan menyertakan Salinan Asal Inbois, dan 4 salinan photostat. SEMUA TUNTUTAN BULAN HENDAKLAH mengikut kadar harga baru & data Inventori kawasan. SEBARANG PERTANYAAN, sila hubungi Setiausaha PERKON JOHOR, Tuan Hj Abdullah Abd Lah Awang II ( 019 777 0435 / 016 716 6515 / Emel: perkonjohor@gmail.com )
Monday, November 25, 2013
TAKLIMAT BAJET 2014 & GST
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI JOHOR mengundang ahli2 PERKON JOHOR, untuk menghadiri Taklimat Bajet 2014 & GST, pada 28/11/2013, Hari Khamis, jam 9.30 pagi - 1.00 tgh, di Galeri Ghulam, Jalan Tampoi, Johor Bahru. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari ( atau 3 orang wakil ) adalah di kehendaki menghadiri taklimat tersebut. Mana2 ahli yang berminat, sila hubungi Setiausaha PERKON JOHOR, 019 777 035.
Sunday, November 24, 2013
PERBINCANGAN INTERGRATED SOLID WASTE MANAGEMENT - 5/12/2013
IRDA dengan kerjasama Okiyama University, akan mengadakan sessi perbincangan " Intergrated Solid Waste Management " pada 5hb Disember 2013, di Dewan Sri Wijaya, Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru. Sila sahkan kehadiran dengan menghubungi IRDA, Cik Sharifah Shahidah 07 2333000 / 201 /309.
MESYUARAT GABUNGAN PERKON MALAYSIA & CEO PPSPPA - 27/11/2013
Satu mesyuarat bersama YBhg. Datuk Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA akan diadakan pada 27 November 2013 (Rabu), jam 9.30 pagi, di Bilik Persidangan Pyrolisis, Tingkat 4, Ibu Pejabat PPSPPA, Wisma UOA Pantai, Jalan Pantai Jaya, 59200 Kuala Lumpur. Sila sahkan kehadiran dengan menghubungi Setiausaha Kerja, Gabungan Perkon Malaysia, Puan Zaleha Salim.
Thursday, November 21, 2013
SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE 55
DAULAT TUANKU
Barisan kepimpinan dan ahli-ahli GABUNGAN PERKON MALAYSIA, merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013
Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !
Barisan kepimpinan dan ahli-ahli GABUNGAN PERKON MALAYSIA, merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013
Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !
Saturday, November 9, 2013
Thursday, November 7, 2013
PENGIRAAN HARGA BARU MENGIKUT INVENTORI PPSPPA
TERKINI - Semua kontraktor Pembersihan kawasan di kehendaki MENYEMAK SEMULA, inventori kawasan kerja yang telah di emelkan oleh pihak SWM. Ini adalah kerana TERDAPAT PENGURANGAN JUMLAH KONTRAK , bagi sebahagian kawasan kontraktor, setelah mengikut perkiraan inventori PPSPPA. Jika ini berlaku, sila SEMAK SEMULA, pengukuran yang telah di berikan oleh pihak SWM.
Wednesday, October 23, 2013
Monday, October 21, 2013
MESYUARAT AJK GABUNGAN PERKON - 23/10/2013
Mesyuarat AJK GABUNGAN PERKON MALAYSIA akan di adakan pada jam 3 ptg, 23/10/2013, Hari RABU, di Hotel Aston, Nilai, Negeri Sembilan. Sila sahkan kehadiran dengan menghubungi Saudara Azlan. KEHADIRAN DI HARGAI
Monday, October 14, 2013
Tuesday, September 17, 2013
Friday, September 13, 2013
LAPORAN AKHBAR - 13/9/2013
UTUSAN MALAYSIA
Perkon desak SWM kotakan janji
JOHOR BAHRU 12 Sept. - Persatuan Kontraktor-kontraktor Bumiputera Pembersihan dan Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Johor (Perkon) mendesak SWM Enviroment Sdn. Bhd. (SWM) negeri mengotakan janji dalam mesyuarat mengenai 12 isu berbangkit melibatkan kedua-dua pihak.
Yang Dipertuanya, Noordin A. Latif berkata, antara yang dibangkitkan dan dituntut kontraktor dilantik SWM ialah bayaran bulanan, data inventori, pelarasan kadar harga baharu, meminda Klausa 4.5 dalam Dokumen Perjanjian Kontrak dan menyelaraskan tempoh kontrak.
Beliau berkata, semua ahli berharap segala perjanjian yang dipersetujui SWM dan Perkon dapat dilaksana selepas tertangguh hampir 16 tahun biarpun lebih 20 kali mesyuarat dan kata sepakat dibuat.
"Perkara ini perlu dinoktahkan segera dan tidak harus dibiarkan cerita sejak tahun 1997 berpanjangan hingga kini. Kami sangat berharap apa yang telah dipersetujui pihak atasan SWM dilaksanakan agar semua pihak mendapat keadilan dan tidak timbul sebarang masalah berbangkit.
"Saya harap penyelesaian ini dapat memberi situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak kerana selama ini kita memberi kerjasama penuh kepada pihak SWM," katanya ditemui selepas mengadakan bantahan secara aman bersama 50 ahli Perkon di hadapan pejabat SWM, di sini hari ini.
Noordin berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi memboleh perkara itu mendapat perhatian sewajarnya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif SWM, Dr. Uzir Abdul Malik berkata, pihaknya termasuk pengurusan tertinggi syarikat telah berjumpa dengan wakil Perkon semalam di Kuala Lumpur bagi membincangkan 12 tuntutan yang disenaraikan.
Menurutnya, kesemua 12 isu yang dibangkitkan Perkon telah dibincang secara terperinci dan pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah berkenaan.
SINAR HARIAN
Kontraktor demo tuntut hak
SHAHIZATUL FARHA S ROSLI
13 September 2013
- Uzir memberi penjelasan kepada kira-kira 50 ahli Perkon yang mengadakan bantahan di hadapan pejabat SWM, semalam.
Yang Dipertua Perkon, Noordin A Latif berkata, SWM seharusnya mematuhi perjanjian kerana sebelum ini persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak melalui lebih 20 mesyuarat sudah tertangguh sejak hampir 16 tahun lalu.
“Perkara ini perlu ditamatkan segera dan tidak harus dipanjangkan lagi cerita yang timbul sejak tahun 1997.
"Kami harap apa yang telah dipersetujui oleh pihak SWM sebelum ini dilaksanakan agar semua pihak mendapat keadilan dan tidak timbul masalah berbangkit.
“Kami juga berharap penyelesaian ini dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak kerana selama ini kita memberi kerjasama penuh kepada SWM,” katanya selepas mengadakan himpunan aman bersama 50 ahli Perkon di hadapan pejabat SWM, di sini, semalam.
Noordin berkata, 12 isu berbangkit yang dimaksudkan termasuklah bayaran bulan, data inventori, pelarasan kadar harga baru, pindaan Klausa 45 dalam Dokumen Perjanjian Kontrak dan penyelarasan tempoh kontrak.
Katanya, Perkon akan turut menyerahkan memorandum bantahan berhubung perkara berkenaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin agar mendapat perhatian wajar.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif SWM, Dr Uzir Abdul Malik yang ditemui ketika bantahan berkenaan memberitahu isu yang dibangkitkan akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.
Beliau turut memberi jaminan bahawa jalan penyelesaian yang diambil dapat memuaskan kedua-dua pihak.
“Kesemua isu yang dibangkitkan sudah dibincangkan secara terperinci dan kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah itu.
“SWM sememangnya peka dan mengambil berat berhubung masalah yang dihadapi kerana mereka adalah kontraktor yang dilantik SWM dan kami perlu beri perhatian,” katanya
HARIAN METRO
Thursday, September 12, 2013
MASAALAH AHLI2 PERKON JOHOR
PERKON JOHOR & SWME akan cuba mengatasi segala permasaalahan yang di hadapi oleh ahli2 PERKON JOHOR. Sekiranya terdapat permasaalahan, sila berhubung dengan Setiausaha PERKON JOHOR, Tuan Hj Abd Lah Abdullah Bin Awang (019 777 0435 ) atau PuanZaleha Salim (016 7636999), dengan mengemukakan surat rasmi dan bukti yang kukuh.
PERSETUJUAN PERBINCANGAN PERKON JOHOR & SWME - 11/9/2013
Perkara2 yang di persetujui semasa perbincangan diantara PERKON JOHOR & Pihak atasan SWME pada 11/9/2013:
(1) Bayaran bulanan tuntutan kontraktor akan dibayar pada / sebelum 30/31hb setiap bulan kalender
(2) Data Inventori kawasan kerja yang lengkap akan di serahkan kepada semua kontraktor pada / sebelum 31hb Okt. 2013. Data inventori ini akan di gunakan sebagai asas pengiraan kontrak.
(3) Pelarasan kadar harga baru bagi FULL KPI, mematuhi keputusan yang telah dibuat sebelum ini. Harga untuk rumah kedai mengikut kepada kekerapan kutipan, sebagaimana yang dibayar oleh pihak kerajaan.
(4) Meminda klausa 4.5 Perjanjian Kontrak, dimana pemotongan muktamad hanya boleh dibuat oleh PPSPPA. SWME hanya boleh menggenakan caj "backup" bagi kerja-kerja yang gagal dilaksanakan oleh kontraktor setelah kontraktor dimaklumkan.
(5) SWME membenarkan penggunaan Jaminan Insuran sebagai satu instrumen bon perlaksanaan selain Jaminan Bank atau Wang Tunai
(6) Menyerah semula kawasan kontraktor yang dipindahkan sementara kekawasan lain dengan status kontrak tetap dan dibayar kadar FULL KPI.
(7) Penyelarasan tempoh kontrak sebagaimana yang di terima oleh SWME daripada Kerajaan (Back to back).
(8) Status kontrak backup hendaklah dijadikan sebagai kontrak tetap.
(9) Tiada proses penenderan semula kawasan kontraktor sediaada. SWME akan membantu kontraktor yang bermasaalah dan memaklumkan kepada PERKON JOHOR.
(10) Menambah nilai kontrak sediada yang berjumlah kecil kepada lebih besar, agar ianya menjadi lebih viable dan berdaya saing
(11) SWME hendaklah membantu kawasan kerja kontraktor yang bermasaalah, bagi menggelakkan dikenakan denda yang ditetapkan oleh PPSPPA.
(12) Sebarang keputusan perbincangan / mesyuarat diantara PERKON JOHOR / SWME / JPSPN / PPSPPA, hendaklah di patuhi tanpa prejudis.
Perkara2 ini adalah di persetujui HANYA UNTUK AHLI2 PERKON JOHOR & PESANS sahaja.
(1) Bayaran bulanan tuntutan kontraktor akan dibayar pada / sebelum 30/31hb setiap bulan kalender
(2) Data Inventori kawasan kerja yang lengkap akan di serahkan kepada semua kontraktor pada / sebelum 31hb Okt. 2013. Data inventori ini akan di gunakan sebagai asas pengiraan kontrak.
(3) Pelarasan kadar harga baru bagi FULL KPI, mematuhi keputusan yang telah dibuat sebelum ini. Harga untuk rumah kedai mengikut kepada kekerapan kutipan, sebagaimana yang dibayar oleh pihak kerajaan.
(4) Meminda klausa 4.5 Perjanjian Kontrak, dimana pemotongan muktamad hanya boleh dibuat oleh PPSPPA. SWME hanya boleh menggenakan caj "backup" bagi kerja-kerja yang gagal dilaksanakan oleh kontraktor setelah kontraktor dimaklumkan.
(5) SWME membenarkan penggunaan Jaminan Insuran sebagai satu instrumen bon perlaksanaan selain Jaminan Bank atau Wang Tunai
(6) Menyerah semula kawasan kontraktor yang dipindahkan sementara kekawasan lain dengan status kontrak tetap dan dibayar kadar FULL KPI.
(7) Penyelarasan tempoh kontrak sebagaimana yang di terima oleh SWME daripada Kerajaan (Back to back).
(8) Status kontrak backup hendaklah dijadikan sebagai kontrak tetap.
(9) Tiada proses penenderan semula kawasan kontraktor sediaada. SWME akan membantu kontraktor yang bermasaalah dan memaklumkan kepada PERKON JOHOR.
(10) Menambah nilai kontrak sediada yang berjumlah kecil kepada lebih besar, agar ianya menjadi lebih viable dan berdaya saing
(11) SWME hendaklah membantu kawasan kerja kontraktor yang bermasaalah, bagi menggelakkan dikenakan denda yang ditetapkan oleh PPSPPA.
(12) Sebarang keputusan perbincangan / mesyuarat diantara PERKON JOHOR / SWME / JPSPN / PPSPPA, hendaklah di patuhi tanpa prejudis.
Perkara2 ini adalah di persetujui HANYA UNTUK AHLI2 PERKON JOHOR & PESANS sahaja.
Wednesday, September 11, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)