Friday, November 29, 2013

JAWAPAN SWM - 27/11/2013

1.            Pengkajian semula kadar harga yang ditawarkan kepada kontraktor pembersihan.

Kadar harga yang ditawarkan oleh pihak kami kepada kontraktor pembersihan awam adalah termasuk antara lain kadar-kadar bagi kerja-kerja pembersihan kerb; pembersihan parit; kawasan lapang; dan lain-lain kerja yang berkaitan mengikut skop dan spesifikasi PPSPPA. Pihak kami akan memaklumkan jika terdapat sebarang penambahan kepada kadar harga yang ditawarkan bagi kerja-kerja pembersihan awam.

Bagi kerja-kerja pembersihan sampah longgok di kawasan kerja kontraktor, ia adalah termasuk dalam spesifikasi pembersihan jalan dan kawasan awam di mana pihak kontraktor “mesti melupuskan longgokan sisa pepejal di jalan dan kawasan awam yang terletak di bawah kawalan atau penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan”.

Namun jika terdapat insiden sampah haram atau “illegal dumping” di kawasan kontraktor di mana kerja pembersihan memerlukan penggunaan jentera, pihak kontraktor perlu melaporkan kepada pihak kami untuk mendapatkan arahan bertulis sebelum kerja-kerja pembersihan sampah haram tersebut boleh dilakukan. Pihak kami akan membayar kontraktor satu kadar khas untuk pembersihan sampah haram. Pihak kami akan merayu kepada pihak PPSPPA untuk mengiatkan kawalan aktiviti pembuangan sampah haram dengan harapan aktiviti tersebut dapat dikurangkan.

Sekiranya sesuatu  kawasan kontraktor telah mencapai spesifikasi kerja penswastaan penuh, kadar harga yang ditawarkan oleh pihak kami kepada kontraktor pembersihan adalah selaras dengan  kadar harga penswastaan penuh. Oleh yang demikian, kontraktor  harus menanggung potongan “Full KPI” yang dikenakan oleh PPSPPA terhadap kawasan kontraktor tersebut.





2.            Pengkajian semula perlaksanaan perkhidmatan “Transfer Lorry” di kawasan Tapak Pelupusan Seelong.

                Pihak kami sedang giat berbincang mengenai masalah yang timbul di Tapak Pelupusan Seelong bersama dengan JPSPN. Pada masa yang sama pihak kami sedang dalam proses menambahkan beberapa lagi unit “Transfer Lorry” untuk memantapkan operasi di Tapak Pelupusan Seelong untuk kemudahan semua pihak. Pembinaan Transfer Station di Seelong adalah inisiatif SWM sendiri dan kos operasi Transfer Lorry tidak termasuk dalam tipping fee selama ini dan hutang daripada PBT –PBT berkenaan sejak 2004 telah menghampiri RM40 juta.

3.            Pembayaran kadar harga baru mengikut kadar penswastaan penuh kepada kontraktor pembersihan di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

                Walaupun pihak PPSPPA telah mengenakan pemotongan denda Full KPI, pihak kami masih tidak dapat memuktamadkan senarai kuantiti (BQ) bersama dengan pihak PPSPPA. Ini kerana pihak kami dan PPSPPA masih lagi di dalam proses pengesahan bersama ke atas BQ. Bagi kawasan MBJB, proses pengesahan bersama ini dijangka akan dapat dimuktamadkan pada akhir November 2013 atau Disember 2013. Pihak kami akan memaklumkan BQ muktamad ini dan amaun kontrak muktamad kepada kontraktor pembersihan awam sebelum akhir Disember 2013.

4.            Mempercepatkan menandatangani perjanjian dengan kontraktor, tertakluk kepada perubahan yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat di antara pihak-pihak pada 11 September 2013.

                Pihak kami sedang berada di dalam proses meminda terma-terma yang telah dipersetujui untuk dipinda. Dalam ini, pihak kami akan  mengeluarkan satu notis untuk melanjutkan tempoh kontrak sementara menanti pemindaan dibuat kepada perjanjian yang akan dimetrai oleh pihak kami dan kontraktor.

5.            Mengadakan ukuran semula secara bersama dengan pihak kontraktor.

                Bagi kawasan Johor Bahru, pihak kami berada dalam peringkat akhir untuk mengesahkan dan memuktamadkan BQ bersama dengan pihak PPSPPA. Pihak kami akan menyerahkan sesalinan BQ yang telah diesahkan apabila pihak kami telah menerima yang sama daripada pihak PPSPPA. (Bagi kawasan lain iaitu Johor Bahru Tengah, Batu Pahat, Pontian dan Kulai, proses pengiraan BQ sedang dijalankan yang dijangka akan selesai beberapa bulan lagi. Pihak kontraktor di cawangan-cawangan ini digalakkan untuk merujuk dan jika berkemampuan terlibat sama dalam proses pengiraan BQ di antara pihak kami dan PPSPPA di kawasan kontraktor terbabit)

6.            Pemotongan bayaran bagi wang tahanan khususnya di Daerah Batu Pahat.

                Pihak kami akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut. Pihak kami telah mengeluarkan notis bahawa pihak kami akan menerima bon perlaksanaan dalam bentuk insuran daripada pihak kontraktor.



7.            Mengekalkan kawasan kerja sediaada kontraktor khususnya di Daerah Kulaijaya.

                Proses persempadanan semula adalah satu proses yang tidak dapat dielakkan untuk membolehkan pihak kami mematuhi zon/skim yang telah ditetapkan di dalam perjanjian konsesi dan juga bagi memudahkan pemantauan operasi oleh  pihak kami dan juga kontraktor selain daripada menangani “pocket area”. Pihak kontraktor yang terjejas boleh merujuk  kepada pihak kami dan pihak kami akan meneliti  perkara ini atas dasar “case-to-case”.

Wednesday, November 27, 2013

MESYUARAT GABUNGAN PERKON MALAYSIA & CEO PPSPPA @ WISMA UOA, KL (27/11/13).













TUNTUTAN BULANAN SWM MENGIKUT KADAR HARGA & DATA INVENTORI BARU

SEMUA kontraktor Pembersihan kawasan yang TELAH TERLIBAT didalam kawasan perlaksaanaan penuh FULL KPI ( iaitu MBJB - 1/9/2012 ; MPJBT dll - 1/9/2013 ), DI NASIHATKAN untuk mengemukakan TUNTUTAN BULANAN / BAKI TUNGGAKAN TUNTUTAN BULANAN, mengikut KADAR HARGA BARU & DATA INVENTORI KAWASAN KERJA (yang telah di emelkan oleh SWM), kepada pihak SWM dengan KADAR SEGERA. Dikehendaki juga, memasukkan perkataan " Tuntutan Muktamad tertakluk kepada kadar harga & Inventori sebenar ". SEMUA TUNTUTAN bagi BAKI TUNGGAKKAN, hendaklah dihantar MELALUI PERKON JOHOR, PADA / SEBELUM 15/12/2013, dengan menyertakan Salinan Asal Inbois, dan 4 salinan photostat. SEMUA TUNTUTAN BULAN HENDAKLAH mengikut kadar harga baru & data Inventori kawasan. SEBARANG PERTANYAAN, sila hubungi Setiausaha PERKON JOHOR, Tuan Hj Abdullah Abd Lah Awang II ( 019 777 0435 / 016 716 6515 / Emel: perkonjohor@gmail.com )

Monday, November 25, 2013

TAKLIMAT BAJET 2014 & GST

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI JOHOR mengundang ahli2 PERKON JOHOR, untuk menghadiri Taklimat Bajet 2014 & GST, pada 28/11/2013, Hari Khamis, jam 9.30 pagi - 1.00 tgh, di Galeri Ghulam, Jalan Tampoi, Johor Bahru. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari ( atau 3 orang wakil ) adalah di kehendaki menghadiri taklimat tersebut. Mana2 ahli yang berminat, sila hubungi Setiausaha PERKON JOHOR, 019 777 035.

Sunday, November 24, 2013

PERBINCANGAN INTERGRATED SOLID WASTE MANAGEMENT - 5/12/2013

IRDA dengan kerjasama Okiyama University, akan mengadakan sessi perbincangan " Intergrated Solid Waste Management " pada 5hb Disember 2013, di Dewan Sri Wijaya, Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru. Sila sahkan kehadiran dengan menghubungi IRDA, Cik Sharifah Shahidah 07 2333000 / 201 /309.

MESYUARAT GABUNGAN PERKON MALAYSIA & CEO PPSPPA - 27/11/2013

Satu mesyuarat bersama YBhg. Datuk Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA akan diadakan pada 27 November 2013 (Rabu), jam 9.30 pagi, di Bilik Persidangan Pyrolisis, Tingkat 4, Ibu Pejabat PPSPPA, Wisma UOA Pantai, Jalan Pantai Jaya, 59200 Kuala Lumpur. Sila sahkan kehadiran dengan menghubungi Setiausaha Kerja, Gabungan Perkon Malaysia, Puan Zaleha Salim.

Thursday, November 21, 2013

SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE 55

DAULAT TUANKU

Barisan kepimpinan dan ahli-ahli GABUNGAN PERKON MALAYSIA, merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !


Thursday, November 7, 2013

PENGIRAAN HARGA BARU MENGIKUT INVENTORI PPSPPA

TERKINI - Semua kontraktor Pembersihan kawasan di kehendaki MENYEMAK SEMULA, inventori kawasan kerja yang telah di emelkan oleh pihak SWM. Ini adalah kerana TERDAPAT PENGURANGAN JUMLAH KONTRAK , bagi sebahagian kawasan kontraktor, setelah mengikut perkiraan inventori PPSPPA. Jika ini berlaku, sila SEMAK SEMULA, pengukuran yang telah di berikan oleh pihak SWM.