HASIL PERJUMPAAN KUNJUNGAN HORMAT PERKON JOHOR KE PEJABAT PENGARAH PPSPPA NEGERI JOHOR, TUAN HJ ASRI AMAT, pada 11/12/13.
(1)
PPSPPA Johor dan SWM sedang membuat PENGUKURAN BERSAMA untuk semua
kawasan kerja. Sebahagian kawasan MBJB di jangka siap pengukuran pada
akhir bulan ini. Ini adalah berikutan dengan arahan daripada Yg Bhg
Dato' CEO PPSPPA, agar perkara ini DI SELESAIKAN SEGERA.
(2) KADAR
HARGA BARU yang di tawarkan oleh SWM kepada kontraktor akan di
perhalusi, agar ianya slebih esuai dan merangkumi harga spefikasi dan
skop kerja yang dibayar oleh PPSPPA kepada SWM. Skop kerja juga akan di
perhalusi.
(3) PERKON JOHOR mencadangkan kehadiran wakil PERKON
JOHOR didalam Mesyuarat diantara PPSPPA dan SWM, bagi mewakili ahli2
PERKON JOHOR didalam menyelesaikan permasaalahan yang timbul.
(4)
Bagi memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik, pihak SWM perlulah
menjaga kebajikan kontraktor2, didalam "Win Win Situation", dan bukannya
bersikap menekan dan mendenda.
(5) PPSPPA bersetuju memperhalusi
permasalahan yang telah di timbulkan semasa perjumpaan, dan mencari
ruang penyelesaian yang terbaik kepada semua pihak.
(6) PPSPPA JOHOR
sedia menerima cadangan daripada semua pihak didalam memastikan mutu
perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.
(7) PPSPPA Johor
sedang melaksanakan program " PUBLIC AWARNESS PELUPUSAN SISA PEPEJAL"
secara meluas di semua peringkat, termasuk tadika, sekolah rendah dan
menegah serta masyarakat umum.
(8) PERKON JOHOR mencadangan agar
PEMBAYARAN KADAR BARU kepada kontraktor di buat MENGIKUT DATA INVENTORI
PPSPPA yang sediada, yang juga di gunakan sebagai asas pembayaran kepada
SWM. Pembayaran MUKTAMAD tertakluk kepada Data inventori Muktamad, yang
sedang didalam proses pengukuran semula oleh PPSPPA dan SWM.
No comments:
Post a Comment